“Al-Rumman Chocolate Drink Plus” merupakan minuman coklat pra campuran yang berasaskan ekstrak koko yang dicampurkan dengan ekstrak buah delima (termasuk kulit) yang terpilih. Biji koko dan buah delima kaya dengan antioksidan, yang mana baik untuk kesihatan. Pengguna bukan sahaja boleh menggunakan “Al-Rumman Chocolate Drink Plus” sebagai minuman malah baik juga untuk kesihatan.
Koko mengandungi zat makanan yang lengkap dan seimbang. Dianggarkan 100 gram coklat susu menyumbang 18 peratus tenaga,11 peratus protein, 8 peratus zat besi, 47 peratus kalsium, 19 peratus riboflavin dan 11 peratus vitamin A yang diperlukan oleh tubuh manusia dalam sehari. Coklat juga mengandungi kalsium dan vitamin yang tinggi.
Kebaikan dan Khasiat Biji Koko
- Kaya dengan kandungan antioksida polyhenol dan flavanoids
- Koko mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular (penyakit jantung). Kajian menunjukkan pengambilan koko sebagai pemakanan harian dapat mengurangkan risiko atherosclerosis serta mengurangkan kematian akibat penyakit koronari jantung.
- Koko meningkatkan kebolehan mengatasi tekanan. Kajian di Jepun menunjukkan bahawa poliphenol dapat menghalang perubahan sikap emosi dibawah tekanan fizikal dan berupaya mengurangkan tekanan.
- Koko melambatkan proses penuaan. Kajian yang dijalankan oleh Jabatan Epidemiotologi dari Harvard School of Public Health di Boston U.S.A mendapati bahawa penggemar coklat secara purata menunjukkan pertambahan umur sebanyak 0.95 tahun berbanding bukan penggemar coklat. Ini menunjukkan wujudnya polyhenol untuk menghalang kerosakkan radikal bebas yang boleh menyebabkan penuaan.